Wayne Rooney mahu kapten England, Harry Kane, memecahkan rekod 53 jaringan antarabangsa miliknya buat negara itu.

Bekas pemain Everton dan Manchester United itu mengumumkan persaraan peringkat antarabangsa ketika kemenangan 3-0 England ke atas Amerika Syarikat (AS) dalam aksi persahabatan di Wembley, awal pagi tadi.

Rooney, yang turut menjadi inspirasi kemaraan DC United ke pusingan play-off Liga Utama AS (MLS), hampir menutup penampilannya yang ke-120 bersama England dengan jaringan, namun percubaan rendahnya diselamatkan Brad Guzan.

Dalam perlawanan persahabatan itu, Kane bersama Pengerusi Persatuan Bolasepak England (FA), Greg Clarke, menyampaikan anugerah buat pemain berusia 33 tahun itu.

Rooney berharap satu hari nanti dia sendiri akan menyampaikan anugerah kepada Kane -- yang menjaringkan 19 gol buat negaranya setakat ini -- untuk memecahkan rekod jaringannya bersama England.

"Saya mahu menyampaikan anugerah kepadanya suatu hari nanti," kata Rooney secara langsung kepada BBC Radio 5.

"Saya mahukan Harry menyampaikan anugerah kepada saya kerana percaya dia mampu memadamkan rekod jaringan saya.

"Amat hebat untuk kembali berada di depan penyokong dan ia sangat istimewa buat saya dan keluarga," tambahnya.