Cristiano Ronaldo merupakan salah seorang calon bagi Gol Terbaik UEFA musim lalu.

Bintang Portugal itu muncul salah seorang daripada 11 calon anugerah itu menerusi sepakan gunting menakjubkann ketika Real Madrid menentang kelab barunya, Juventus, dalam pertembungan Liga Juara-Juara (UCL) musim lalu.

Hanya seorang pemain bagi setiap pasukan yang bernaung di bawah Kesatuan Bolasepak Eropah (UEFA) boleh dicalonkan, secara tidak langsung Ronaldo mengetepikan bekas rakan sepasukan, Gareth Bale, yang merakamkan jaringan menerusi aksi akrobatik yang hampir sama ketika membenam Liverpool dalam UCL.

Dimitri Payet pula antara calon gol terbaik Liga Europa selepas gelecekan pemain dari Perancis berkenaan memberikan Marseille kemenangan ke atas RB Leipzig.

Rakan senegara Ronaldo, Goncalo Ramos, Paulo Estrela dan Ricardinho juga berada dalam senarai pendek di samping pemain Denmark, Christian Eriksen.

Peminat dapat menonton semua jaringan tersebut dan mengundi pilihan mereka di laman sesawang UEFA. Tahun lalu, anugerah itu dimenangi oleh Mario Mandzukic manakala Lionel Messi meraih penghormatan tersebut pada 2015 dan 2016.

Calon Jaringan Terbaik UEFA:

Lucy Bronze (Lyon 1-0 Manchester City)
Olga Carmona (Switzerland 0-2 Sepanyol)
Elisandro (Sporting CP 2-5 Inter)
Elliot Embleton (Turki 2-3 England)
Christian Eriksen (Republik Ireland 1-5 Denmark)
Paulo Estrela (Porto 5-1 Besiktas)
Eva Navarro (Jerman 0-2 Sepanyol)
Dimitri Payet (Marseille 5-2 Leipzig)
Goncalo Ramos (Slovenia 0-4 Portugal)
Ricardinho (Portugal 4-1 Romania)
Cristiano Ronaldo (Juventus 0-3 Real Madrid)