Perpindahan Cristiano Ronaldo ke Juventus tidak bermaksud Inter tidak mampu menjuarai Serie A, kata ketua jurulatihnya, Luciano Spalletti.

Peluang Juve untuk menjuarai Scudetto buat kali kelapan dilonjakkan dengan perpindahan Ronaldo dari Real Madrid.

Walaupun juara Serie A itu telah mendapatkah khidmat bintang Portugal itu dengan kontrak selama empat tahun, Spalletti tidak begitu bimbang.

"Dia akan melonjakkan saingan Serie A ke mata dunia," kata Spalletti.

"Sasaran kami adalah mengejar pasukan terbaik. Kami mahu bersaing dengan barisan terkuat.

"Kami berasakan seperti memiliki tarikan istimewa. Pemain-pemain hebat berminat untuk menyertai kelab Itali dan ia adalah sesuatu yang membanggakan."

Inter turut mendapatkan khidmat beberapa pemain baru, antaranya Radja Nainggolan dari Roma dan Stefan de Vrij dari Lazio.

"De Vrij memiliki pengalaman luas dan kami sangat bertuah memilikinya.

"Nainggolan adalah seorang pemain berkualiti dan menampilkan persembahan terbaik bersama mana-mana pasukan yang diwakilinya.

"Lautaro Martinez menunjukkan bahawa dia adalah seorang pemain yang kuat, menonjolkan kematangan dalam permainan. Matteo Politano juga menggelecek dengan baik."