Arjen Robben telah mencapai persetujuan bersama Bayern Munich untuk memperbaharui kontrak untuk kekal bersama juara Bundesliga itu sehingga Jun 2018.

Kontrak pemain kebangsaan Belanda itu bakal tamat pada penghujung musim 2016-17 tetapi dia memilih untuk kekal sehingga musim hadapan.

Robben menyertai Bayern dari Real Madrid pada Ogos 2009 dan telah menjadi pemain berpengaruh di Allianz Arena.

Pemain berusia 32 tahun itu telah membuat 200 penampilan bersama The Bavarians, memenangi tiga gelaran Bundesliga, empat trofi DFB Pokal, serta Liga Juara-Juara (UCL) dan Piala Dunia Kelab pada tahun yang sama.

Kejayaan terbaiknya hadir dalam perlawanan akhir UCL yang menyaksikan mereka menang 2-1 ke atas musuh tradisi, Borrusia Dortmund, pada musim 2012-2013, dengan Robben meledak gol untuk memastikan kemenangan berpihak kepada Bayern.

Robben mengikut jejak langkah rakan sepasukannya, Franck Ribery, yang juga menandatangani kontrak selama setahun pada November 2016.

"Arjen adalah antara pemain terbaik di dunia," kata pengerusi kelab, Karl-Heinz Rummenigge.

"Dia sudah bersama Bayern hampir lapan tahun dan menjadi salah seorang pemain yang berpengaruh di dalam pasukan.

"Kami sangat gembira bahawa dia akan terus menyarung jersi Bayern untuk semusim lagi."