Kurang beraksi dalam kesebelasan utama Manchester United tidak menghalang harapan Marcus Rashford beraksi dalam saingan Piala Dunia 2018 bersama England, tegas Jose Mourinho.

Rashford telah membuat 38 penampilan untuk United musim ini -- 18 daripadanya hadir sebagai pemain gantian -- kerana persaingan untuk merebut tempat dalam kesebelasan utama, ditambah pula dengan kehadiran Alexis Sanchez dari Arsenal pada Januari lalu.

Mourinho berasakan perkara ini tidak menghalang hajat pemain berusia 20 tahun itu, yang tampil dalam kesebelasan utama ketika seri 2-2 dengan Burnley, menjadikan persoalan sama ada dia mampu tersenarai dalam skuad Gareth Southgate masih tiada kepastian.

"Saya melihat anda ragu-ragu jika Rashford tidak akan terpilih untuk beraksi dalam Piala Dunia," kata Mourinho.

"Jika Southgate mempercayai dia, beliau akan memilihnya. Tidak kisah sama ada dia bermain ataupun sebaliknya.

"Terdapat beberapa contoh pemain yang kurang beraksi bersama kelab tetapi terpilih ke skuad kebangsaan. Sergio Romero adalah penjaga gol nombor dua United tetapi pilihan utama bersama Argentina.

"Jadi, segalanya terletak kepada Southgate," katanya lagi.