Ramos: Real Madrid akan alu-alukan kedatangan Mbappe

By Sacha Pisani 28 March 2017
Ramos: Real Madrid akan alu-alukan kedatangan Mbappe
Sergio Ramos berkata pintu Real Madrid sentiasa terbuka untuk Kylian Mbappe ketika bintang Perancis berkenaan terus dikaitkan dengan juara Eropah itu.

Penyerang Monaco berusia 18 tahun itu adalah salah seorang pemain paling sensasi di Eropah dan dilaporkan telah menarik minat pasukan besar, antaranya Madrid, Barcelona dan Manchester United.

Mbappe membuat penampilan pertamanya bersama Perancis ketika menentang Luxembourg minggu lalu, setelah menjaringkan 19 gol dan membuat 11 bantuan gol dalam semua pertandingan untuk Monaco musim ini, dan kapten Madrid, Ramos, membuka pintu untuk remaja berbakat itu.

"Saya tidak memanggil Presiden (Florentino Perez) untuk berunding dengan saya mengenai menandatangani pemain tetapi pintu Madrid sentiasa terbuka untuk pemain terbaik," kata Ramos menjelang pertemuan Sepanyol-Perancis dalam persahabatan antarabangsa, awal pagi nanti.

"Mbappe, jika kamu datang ke Madrid, kami akan menyambut dengan mesra seperti yang kami selalu lakukan dengan pemain yang baru tiba.

"Tetapi, sekarang ia kurang hormat bagi sesiapa dalam skuad bercakap mengenai orang lain yang bukan dari kelab ini."

About Author

Sacha Pisani

Comment