Rafinha percaya Bayern Munich berada di tahap fizikal yang lebih baik untuk melakar kejayaan musim ini berbanding ketika di bawah kendalian Pep Guardiola.

Bayern berada dalam landasan yang tepat untuk menjuarai Bundesliga buat kali kelima serta menempah slot suku akhir Liga Juara-Juara (UCL) dan separuh akhir DFB-Pokal.

Tiga kejuaraan liga sebelum ini hadir ketika Guardiola dilantik sebagai pengendali pasukan tetapi bekas pengurus Barcelona itu gagal mengulangi kejayaan merangkul 'treble' seperti yang dilakukan oleh Jupp Heynckes.

Bayern yang kini di bawah bimbingan Carlo Ancelotti bakal menghadapi aksi berdepan Augsburg tanpa penjaga gol, Manuel Neuer, yang menjalani pembedahan tapak kaki tetapi masih memiliki skuad penuh yang bebas daripada kecederaaan.

"Ia merupakan tiga musim di bawah kendalian Pep Guardiola tetapi bezanya adalah fasa yang berlaku pada Mac, April dan Mei," kata Rafinfa.

"Bayern memiliki skuad yang tempang -- ramai pemain mengalami masalah kecederaan.

"Pada pendapat saya, kami telah bermain sepanjang musim dan prestasi kami semakin baik. Pasukan bermain dengan lebih agresif dan setiap pemain sedia memberikan yang terbaik.

"Kami memerlukan pemain yang dahagakan kemenangan. Setiap orang akan menikmati saat bermain dan memenangi gelaran. Saya pasti kami akan menjadi lebih berjaya musim hadapan."