Piala Negara-Negara Afrika: Desert Foxes padam cabaran Ivory Coast 

By Staff Writer 12 July 2019 1925
Piala Negara-Negara Afrika: Desert Foxes padam cabaran Ivory Coast 
IVORY COAST 1 ALGERIA 1 
(Algeria mara dengan penentuan penalti 4-3)

Algeria bakal berdepan Nigeria selepas maju ke separuh akhir Piala Negara-Negara Afrika (AFCON) 2019 apabila menumbangkan Ivory Coast 4-3 dalam penentuan penalti, awal pagi tadi. 


Aksi di Suez, Mesir itu terikat 1-1 dalam waktu sebenar yang menyaksikan Sofiane Feghouli membuka jaringan pada minit ke-20 manakala Rais M'bolhi mempamerkan ketangkasan luar biasa di depan gawang bagi memastikan Ivory Coast terus berjuang dalam permainan. 

Kegagalan Baghdad Bounedjah menyempurnakan sepakan penalti dalam babak kedua memberi ruang buat Ivory Coast meneruskan saingan sebelum mereka mencetuskan ancaman menerusi Jonathan Kodjia.

Selepas masa tambahan gagal menentukan pemenang, Algeria akhirnya muncul pemenang berikutan kegagalan Wilfried Bony dan Serey Die menyempurnakan sepakan masing-masing. 

Kegagalan sepakan awal Wilfried Kanon terbukti terpaksa dibayar dengan harga mahal sebelum Feghouli melepaskan tendangan untuk membawa Algeria ke peringkat seterusnya. 

Situasi Ivory Coast bertambah buruk tatkala seminit memasuki separuh masa kedua berikutan terjahan Sylvain Gbohouo ke atas Bounedjah.

Namun, nasib terus menyebelahi mereka selepas tendangan penalti Bounedjah terkena palang sebelum melantun terkeluar. 

Kodjia kemudian menguji M'bolhi melalui satu tendangan rendah untuk skuad Elephants itu. 

Satu hadangan daripada Mamadou Bagayoko menafikan percubaan Riyad Mahrez manakala Wilfried Zaha melepaskan tendangan liar ketika permainan menuju masa tambahan. 

Ivoy Coast lebih menonjol dalam baki 30 minit permainan apabila tolakan Ismael Traore diselamatkan di atas garisan gol tetapi Algeria turut berpeluang menerusi kelibat pemain gantian, Andy Delort. 

Dalam penentuan penalti, sepakan lemah Bony mudah dipatahkan M'bolhi, disusuli kegagalan Die apabila rembatannya menggegar tiang kiri pintu gol untuk Algeria menempah tempat dalam separuh akhir, awal pagi Isnin ini. 




 

About Author

Staff Writer

Comment