Pemain tengah RB Leipzig, Diego Demme, diketepikan daripada skuad Jerman untuk kempen Piala Konfederasi akibat mengalami kecederaan belakang.

Pemain berusia 25 tahun itu, yang membuat penampilan pertama sebagai pemain gantian ketika menewaskan San Marino 7-0 dalam aksi kelayakan Piala Dunia pada Ahad lalu, akan kekal bersama skuad Jerman sehingga Jumaat ini untuk menerima rawatan.

Dalam satu kenyataan menerusi laman web rasmi mereka, Persatuan Bolasepak Jerman (DFB) mengesahkan bos, Joachim Low, tidak akan memanggil pengganti Demme untuk kejohanan itu di Russia.

Juara dunia itu menghadapi Australia dalam perlawanan pembukaan kejohanan di Sochi pada Selasa depan.