Seramai 22 pemain muda terpilih dan berpeluang meraih pengalaman dalam Kejohanan Piala Global Yakult B-12 di Osaka, Jepun, hujung minggu ini.

Latihan pertama yang bermula di Majlis Sukan Negara (MSN) hari ini melibatkan 15 pemain daripada Kedah Warrior yang muncul juara saringan awal Piala Global Yakult yang berlangsung di empat zon melibatkan Utara, Selatan, Tengah dan Timur manakala tujuh lagi pemain dipilih daripada pencabar berlainan.

Kesemua pemain itu akan dibahagikan kepada dua pasukan, iaitu Malaysia Warrior dan Malaysia Tiger untuk berentap di Osaka bermula Sabtu ini.

Ikuti perkembangan lanjut dalam Nadi Arena jam 7.30 dan 11.00 malam ini.