Piala FA: PKNP tagih mutu pengadilan dalam aksi suku akhir

By Shaiful Shamsudin 24 March 2017
Piala FA: PKNP tagih mutu pengadilan dalam aksi suku akhir
Menuju ke Alor Setar bagi aksi suku akhir pertama Piala FA menentang tuan rumah, Kedah, pasukan berstatus kelab, PKNP FC, sedar keajaiban diperlukan bagi membuat kejutan, 1 April ini.

Di atas kertas, Kedah adalah pasukan paling sempurna daripada segenap aspek, baik dari segi mutu pemain tempatan dan import, malah sokongan padu ribuan penonton Helang Merah di Stadium Darulaman pasti menggentarkan sesiapa yang berkunjung ke sana.

Tetapi, kata ketua jurulatih PKNP, Abu Bakar Fadzim, selagi 90 minit di atas padang dengan masing-masing mempunyai kesebelasan pemain, harapan tetap ada.

"Kami pasti berjuang bermati-matian. Cuma saya berharap mutu pengadilan pada malam itu nanti tidak menganggu rentak permainan", ujar Abu Bakar.

"PKNP tidak begitu bernasib baik apabila berdepan situasi pengadilan.  

"Boleh dikatakan hukuman yang diterima pemain (PKNP) tidak setimpal dengan kesalahan yang dilakukan.

"Itulah yang saya harapkan.  

"Pengadil dapat menjalankan tanggungjawab secara profesional dan adil. Faktor pengadilan boleh membawa jurang dalam perlawanan," katanya.
 

About Author

Shaiful Shamsudin

Comment