Piala Dunia 2034: Bidaan China sulitkan hasrat ASEAN

By Staff Writer 25 June 2019 3350
Piala Dunia 2034: Bidaan China sulitkan hasrat ASEAN
Hasrat negara-negara ASEAN untuk menganjurkan Piala Dunia 2034 menjadi tajuk utama dalam Konvensyen Kejurulatihan Konfederasi Bolasepak Asia (AFC)-Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) di Kelana Jaya, hari ini.

Topik hangat konvensyen itu terarah kepada hasrat negara-negara ASEAN untuk melancarkan bidaan hak tuan rumah bersama Piala Dunia 2034, kelmarin, dengan Thailand, Indonesia dan Vietnam antara yang lantang menyuarakan hasrat itu. 

Bagaimanapun, Setiausaha Agung AFC, Datuk Windsor Paul John, menjelaskan hasrat itu tidak mustahil tetapi meminta semua pihak agar terlebih dahulu memahami mekanisme temasya berkenaan sebelum meneruskan bidaan.

Ini kerana dalam masa yang sama, China turut mengambil langkah serupa dengan membida hak selaku tuan rumah 2030 dan seandainya mereka memenanginya, maka berdasarkan amalan Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA), agak sukar untuk negara Asia yang lain menganjurkannya dalam tempoh terdekat. 

Ikuti perkembangan lanjut dalam laporan Nadi Arena hari ini. 
 

About Author

Staff Writer

Comment