Piala Airmarine: Cheng Hoe harap sokongan padu penyokong

By Staff Writer 15 March 2019 907
Piala Airmarine: Cheng Hoe harap sokongan padu penyokong
Ketua jurulatih skuad senior kebangsaan, Tan Cheng Hoe, berharap penyokong bola sepak negara dapat membanjiri Stadium Nasional, Bukit Jalil, menjelang sepak mula Piala Airmarine, Rabu ini.

Bagi Cheng Hoe, penyokong negara merupakan pemain ke-12 skuad Harimau Malaya yang akan membantu meningkatkan semangat setiap pemain dalam kejohanan dari 20 hingga 23 Mac itu.

"Kami sememangnya mengharapkan laungan penyokong negara dapat didengari dari setiap sudut stadium. 

"Ia akan memberikan semangat yang cukup tinggi buat pasukan.

"Kami menyedari penyokong adalah pemain ke-12 buat pasukan negara.

"Apa yang penting, kehadiran penyokong yang ramai akan memastikan pemain menikmati setiap detik perlawanan dalam kejohanan itu nanti," katanya ketika ditemui dalam majlis penyerahan tiket percuma Piala Airmarine di sekolah sekitar Petaling Jaya, hari ini.

Difahamkan lebih 10,000 tiket atas talian telah terjual menjelang aksi pertama berdepan Singapura, Rabu ini manakala tiket separuh harga berharga RM20 akan dijual kepada penyokong yang berusia bawah 18 tahun. 

About Author

Staff Writer

Comment