Ketua pasukan negara bagi Kejohanan Piala AFF B-19, Syaiful Alias, tidak lagi meletakkan masalah keserasian sebagai perkara utama ketika tanggungjawab lebih besar menanti mereka hari ini.

Skuad kendalian Bojan Hodak itu akan beraksi menentang Kemboja yang masih segar dengan kejayaan membelasah Brunei 5-0 di Stadium Gelora Joko Samudro, Surabaya, petang ini.

Sudah pasti, aksi pertama dengan Kemboja lebih penting sambil melabel masalah membabitkan pasukan dan tempoh latihan yang singkat perlu dilupakan segera.

Tegas Syaiful, tiada masalah buat skuad negara selepas Kemboja cemerlang menumpaskan Brunei.

"Insya-Allah masalah keserasian dapat diatasi.

"Lagipun, tahun lepas kami pernah bergandingan bersama," katanya.

Apa yang pasti, hari ini merupakan perhitungan sebenar Malaysia dalam pemburuan tiga mata sulung dalam saingan kali ini dan tambahnya: "Tiada masalah untuk pemain turun beraksi biarpun sedar Kemboja telah mengalahkan Brunei."