Pertahanan Portugal, Pepe, mahu rakan sepasukannya meletakkan keyakinan dengan gaya permainan yang berjaya membawa mereka meraih kejayaan dalam Euro 20126, ketika menghadapi saingan Piala Konfederasi.

The Selecao berjaya mengejutkan tuan rumah di Perancis tahun lalu tetapi gaya permainan mereka telah dikritik kerana lebih bersifat bertahan sepanjang perlawanan.

Ketua jurulatih, Fernando Santos, kurang berpuas hati apabila pendekatannya dipersoalkan ketika sidang media pra perlawanan berdepan Russia yang berkesudahan Portugal meraih kemenangan 1-0 di Moscow dan Pepe menegaskan kepada rakan sepasukannya supaya meletakkan keyakinan mereka dengan strategi ini.

"Kami perlu bermain dengan cara kami, mengetepikan sebarang pandangan orang lain dan sentiasa optimis kerana taktikal ini telah membantu kami meraih kemenangan di Euro 2016," kata Pepe.

"Kami berjuang untuk memberikan yang terbaik dan cuba untuk membawa Portugal mara sejauh yang mungkin serta sentiasa menghormati pasukan lawan," katanya.

Portugal melakar kemenangan 1-0 ke atas pasukan tuan rumah selepas mempamerkan aksi separuh pertama yang memberangsangkan, dengan tandukan Cristiano Ronaldo pada minit kelapan sudah memadai untuk meraih tiga mata penuh untuk menduduki tangga teratas Kumpulan A.

Kini Portugal hanya memerlukan satu mata ketika berdepan New Zealand di St. Petersburg, esok.