Nice telah menandatangani Christophe Jallet daripada pesaing Ligue 1, Lyon, dengan perpindahan percuma.

Pemain berusia 33 tahun itu dilepaskan pada tahun akhir kontraknya bersama Lyon untuk menyertai skuad Lucien Favre, yang menghadapi Ajax dalam kelayakan Liga Juara-Juara minggu depan.

Jallet, yang membuat 14 penampilan dalam skuad antarabangsa Perancis dan salah seorang pemain skuad Didier Deschamps dalam Euro 2016, difahamkan menandatangani kontrak selama dua tahun.

Bekas pemain Loreint itu menyertai Lyon dari Paris Saint-Germain (PSG) pada 2014 dan membuat 92 penampilan untuk kelab itu. Sepanjang kariernya, Jallet bermain 308 kali dalam Ligue 1.

Jallet adalah pemain baru keempat Nice dalam musim rehat ini selepas Jean-Victor Makengo, Adrien Tameze dan Pierre Lees-Melou.

Sementara itu, penyerang, Mario Balotelli, dipujuk untuk menandatangani kontrak baru selepas 12 bulan berada dalam skuad pada 2016-17.