Neymar tidak selesa dibandingkan dengan Messi, Ronaldo

By Sacha Pisani 28 March 2017
Neymar tidak selesa dibandingkan dengan Messi, Ronaldo
Neymar tidak berasa selesa apabila disebut mempunyai persamaan seperti Lionel Messi dan Cristiano Ronaldo ketika dia bersedia untuk mengetuai Brazil.

Bintang Barcelona, Messi, dan Real Madrid, Ronaldo, mendominasi bola sepak, dengan memenangi Ballon d'Or sebanyak keseluruhan sembilan kali tetapi Neymar menghampiri jurang untuk memenanginya.

Neymar, yang menduduki tempat ketiga Ballon d'Or pada 2015, disebut-sebut akan memenangi anugerah seterusnya dengan sebahagian rakan-rakannya melihat dia melepasi duo ikon itu tetapi pemain berusia 25 tahun itu hanya memberi tumpuan untuk memperbaiki prestasinya.

"Ini adalah satu perkara yang saya tidak berasa selesa untuk bercakap. Saya tidak suka," kata Neymar, yang akan memikul tugas kapten untuk menentang Paraguay dalam kelayakan Piala Dunia zon CONMEBOL, awal pagi nanti, dengan gergasi Amerika Selatan itu berkelebihan tujuh mata berada di tangga teratas kumpulan.

"Mereka (Cristiano Ronaldo dan Lionel Messi) adalah dua pemain besar di mana dalam tempoh 10 tahun mereka mengekalkan tahap yang tinggi. Mereka adalah dua pemain hebat yang saya kagumi dan salah seorang daripada mereka, saya bekerja dengannya setiap hari di dalam pasukan.

"Dia adalah pemain terbaik yang pernah saya bermain bersama dan saya telah belajar daripadanya.

"Saya tidak tahu sama ada ia adalah masa yang betul atau tidak, saya hanya tahu bahawa saya mahu menjadi lebih baik setiap hari.

"Semalam, prestasi saya baik dan hari ini saya ingin menjadi lebih baik dan seterusnya. Saya hendak mengatasi diri saya setiap hari dan saya tidak mahu menjadi lebih baik daripada yang lain, saya hanya mahu menjadi lebih baik dan lebih baik. "

Sementara itu, Neymar enggan membincangkan perbandingan, sebaliknya lebih gembira bercakap mengenai hubungannya dengan rakan sepasukan Barca, Messi.

Neymar, yang membantu membentuk ikon 'MSN' bersama Messi dan Luis Suarez di Barca, berkata dia terbang tinggi hasil nasihat yang diturunkan daripada pemenang lima kali Ballon d'Or itu.

"Apabila Ballon d'Or diraih anda, segala-galanya dilakukan dengan tenang. Segala-galanya akan jatuh ke tempatnya. Bermain dengan gaya anda bermain, lakukan apa yang anda tahu, dan kemudian segala-galanya akan berubah," tambah Neymar.

"Apabila Messi memberitahu saya perkara ini, ia adalah sesuatu yang membuatkan saya berasa baik.

"Kerana anda mempunyai kebimbangan untuk bercakap mengenai hal itu dengan idola anda, dan untuk bercakap dengan seseorang yang anda kagumi, dan apabila dia membuatkan anda berasa bebas, ia melegakan anda sedikit.

"Anda berasa seperti diri anda di padang dan semasa latihan. Dan ini apa yang berlaku kepada saya.

"Kami mempunyai hubungan yang hebat. Kami rakan-rakan. Dan ini banyak membantu di atas padang apabila anda mempunyai hubungan mesra di antara satu sama lain, untuk membantu di antara satu sama lain, untuk membuat hantaran, apabila dia menjaringkan gol.

"Oleh itu, kami benar-benar gembira. Ia bukan hanya dia, ia juga tentang (Luis) Suarez yang merupakan seorang pemain hebat, legenda, jadi kami benar-benar baik.

"Salah seorang membantu yang lain dalam pelbagai detik. Dan saya benar-benar gembira dengan masa yang saya nikmati ini, itulah masa yang terbaik dalam kerjaya saya, bagi saya, daripada segi fizikal, dan dalam segala-galanya."

About Author

Sacha Pisani

Comment