Pengurus Manchester United, Jose Mourinho, akan berasa menarik untuk melatih Brazil tetapi berkata dia akan mencari sesuatu yang lebih mudah.

Mourinho dianggap antara jurulatih kelab yang mempunyai taktik terbaik di dunia, yang meraih banyak kejayaan -- termasuk di Real Madrid dan Chelsea -- sebelum menyertai United.

Bos berbangsa Portugis itu seolah-olah akan menimbang untuk berhijrah ke dalam pengurusan skuad antarabangsa walaupun berkata dia mahu pekerjaan yang lebih mudah sebaik berpindah dari kehidupan di Old Trafford.

"Saya fikir selepas Manchester United saya memerlukan pekerjaan yang lebih mudah daripada Manchester United," Mourinho memberitahu ESPN Brasil.

"Melatih pasukan Brazil mungkin menjadi lebih sukar. Sudah tentu ia akan menjadi menarik. Mana-mana jurulatih mahu bekerja dengan kelab terbaik dan dengan pemain yang terbaik.

"Pasukan Brazil jelas adalah pemimpin kejayaan, jelas memiliki bakat, tidak kira generasi, bakat sentiasa muncul.

"Tetapi saya perlu mengaku bahawa ia mesti sukar. Dalam setiap rakyat Brazil terdapat jurulatih, dalam setiap wartawan terdapat jurulatih yang lebih baik daripada jurulatih.

"Saya rasa ia mesti menjadi negara sukar untuk bekerj, tetapi juga sebuah pasukan yang bersemangat."

Brazil sedang terbang tinggi di bawah Tite dan semalam menjadi negara pertama untuk melayakkan diri ke Piala Dunia 2018 di Russia.

Mourinho berkata dia memahami tugas jurulatih Brazil adalah untuk individu tempatan, dengan orang asing tidak pernah mengambil tanggungjawab itu dalam Selecao.

"Saya sedar bahawa pasukan kebangsaan Brazil adalah untuk jurulatih Brazil," katanya.