Paolo Maldini menegaskan AC Milan kekal "ketinggalan" bagi mencabar Juventus merebut gelaran Serie A.

Skuad kendalian Gennaro Gattuso itu seri 1-1 dengan Cagliari, sekali gus merekodkan satu kemenangan, satu seri dan satu kalah dalam tiga perlawanan pembukaan Serie A musim 2018-19.

Juventus pula meraih kemenangan dalam setiap perlawanan dan Maldini –- yang dilantik sebagai pengarah pembangunan dan strategi -- menerima bahawa Rossoneri tidak mampu untuk bersaing merebut gelaran.

"Pesaingan Juve? Sejujurnya, kami jauh ketinggalan," katanya.

"Kami meletakkan sasaran untuk berada dalam kelompok empat pasukan terbaik dan mahu beraksi cemerlang dalam Liga Europa (UEL)," ujarnya.

Bekas pertahanan Milan itu, yang bersara pada 2009 selepas membuat 902 penampilan sepanjang 24 tahun bersama kelab, menegaskan keazamannya untuk memupuk pemain-pemain muda untuk memiliki asas yang kuat bagi membentuk semula pasukan ini.

Scudetto terakhir kelab itu hadir pada musim 2010-11.

"Ini merupakan projek besar dan kami mahu meningkatkan semula Milan ke tahap yang paling tinggi.

"Kami perlu membentuk mentaliti yang kuat dalam kalangan pemain-pemain muda."