BARCELONA 4 PSV 0

Lionel Messi menjaringkan hatrik dalam aksi pembukaan Barcelona dalam saingan Liga Juara-Juara (UCL) dengan menewaskan PSV 4-0 di Nou Camp, awal pagi tadi.


Barca gagal menampilkan aksi cemerlang dalam babak pertama pertemungan Kumpulan B itu tetapi Messi memecah kebuntuan menerusi sepakan percuma.

Skuad kendalian Ernesto Valverde itu menemeui rentak permainan selepas perlawanan bersambung dalam babak kedua dan berjaya menjaringkan dua gol pantas.

Ousmane Dembele menggandakan jaringan buat Barca sementara Messi melengkapkan hatrik dengan dua lagi gol manakala mereka terpaksa menamatkan perlawanan dengan 10 pemain selepas Samuel Umtiti dilayangkan kad kuning kedua.

PSV memiliki peluang pada permulaan permainan tetapi Gaston Pereiro melepaskan rembatan melepasi palang gol manakala percubaan Steven Bergwijn gagal menemui sasaran sementara Philippe Coutinho turut gagal mencetak nama sebagai penjaring.

Sentuhan penyudah Luis Suarez tumpul ketika tuan rumah bergelut mencari rentak permainan tetapi larian yang dilakukan Dembele memberikan sepakan percuma buat pasukan sebelum disempurnakan oleh Messi.

Dembele diasak oleh Nick Viergever dan Messi menggunakan peluang itu sebaik mungkin untuk melepaskan rembatan mengatasi penjaga gol, Jeroen Zoet.

PSV berusaha untuk kekal bersaing dalam perlawanan itu, dengan Zoet menampilkan usaha terbaik bagi menafikan percubaan Coutinho pada minit ke-58.

Mereka, bagaimanapun, tidak berjaya menyerap tekanan selepas Dembele menggunakan kepantasannya untuk melepasi barisan pertahanan sebelum melepaskan rembatan menjadikan kedudukan 2-0.

Ivan Rakitic dan Suarez bertindak sebagai penyumbang bantuan jaringan buat Messi melengkapkan hatriknya dalam aksi pertama UCL musim ini manakala Umtiti terlepas aksi kedua apabila melakukan terjahan terhadap Hirving Lozano.