Pemain antarabangsa Argentina, Lionel Messi, kini mengumpul 300 gol untuk Barcelona di Camp Nou.

Ia atu lagi prestasi cemerlang, satu lagi rekod penting bagi Messi.

Dia mempamerkan prestasi cemerlang selepas meledak empat gol ketika membantu skuadnya menewaskan Eibar 6-1 dalam La Liga, awal pagi tadi.

Pemain berusia 30 tahun itu membuka jaringan dari tempat penalti pada separuh masa pertama dan kemudian menemui tiga gol pada babak kedua untuk memberikan Barca kemenangan selesa.

Messi kini mengumpul sembilan gol LaLiga musim ini, dengan turut mempamerkan aksi terbaik dalam beberapa perlawanan baru-baru ini.