Jose Mourinho menjelaskan bahawa kapten Manchester United, Michael Carrick, dan Ander Herrera tidak dipilih untuk bermain hanya kerana dia berasakan Nemanja Matic dan Marouane Fellaini berada dalam "prestasi terbaik" yang belum pernah dilihatnya.

United menikmati permulaan yang hebat dalam Liga Perdana Inggeris apabila berada bersama Manchester City dengan 13 mata selepas lima perlawanan, dengan skuad Mourinho kelihatan jauh lebih kejam berbanding musim lalu.

Satu peningkatan daripada United di bahagian tengah, dengan Matic serasi bergandingan dengan Paul Pogba selepas berhijrah dari Chelsea, sementara Fellaini juga beberapa kali mempamerkan aksi mengagumkan, terutama dalam kemenangan 3-0 ke atas Basel dalam Liga Juara-Juara.

Akibatnya, Carrick dan Herrera -- Pemain Terbaik Tahunan United pada musim lalu -- bergelut untuk mendapatkan peluang dalam perlawanan, dengan pemain berusia 36 tahun berkenaan masih belum dapat beraksi dan pemain Sepanyol itu juga hanya memulakan satu perlawanan liga.

Mourinho menggesa mereka agar bersabar sambil mengingatkan mereka bahawa kehidupan di kelab besar sering mengecewakan walaupun gandingan itu mungkin boleh beraksi apabila United menerima kunjungan Burton Albion dalam Piala EFL, awal pagi nanti.

Pengurus Portugis itu memberitahu wartawan: "Romero turun dalam final Liga Europa, yang merupakan perlawanan terbaik sepanjang musim bagi kami, dan dia tidak bermain.

"Herrera adalah Pemain Terbaik Tahunan dan dia tidak memulakan perlawanan. Itulah kehidupan di kelab besar.

"Kami memberi dia (Carrick) kontrak kerana kami fikir dia pemain yang bagus. Kami fikir dia pemain penting.

"Dia hanya berada dalam satu pasukan di mana pada masa ini Matic dan Fellaini berada dalam prestasi terbaik yang belum pernah saya lihat. Saya tidak pernah melihat Matic bermain dengan baik dan saya tidak pernah melihat Fellaini beraksi begitu baik.

"Bagi Carrick dan Herrera, mereka hanya perlu bersabar kerana masa mereka akan tiba. Mereka pasti akan menjadi pemain penting."