Mata mahu James, Wan-Bissaka pamer aksi terbaik

By Staff Writer 11 July 2019 180
Mata mahu James, Wan-Bissaka pamer aksi terbaik
Juan Mata meletakkan harapan kepada Daniel James dan Aaron Wan-Bissaka untuk membuktikan kebolehan dan memainkan peranan besar buat Manchester United.

Selepas menamatkan saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) di tangga keenam, pengendali United, Ole Gunnar Solskjaer, hanya memberi tumpuan untuk membawa masuk barisan pemain muda.

James menyertai The Red Devils dengan yuran perpindahan GBP15 juta (RM77.5 juta) daripada Swansea City dan Wan-Bissaka daripada Crystal Palace yang bernilai GBP50 juta.

Gandingan itu, kedua-duanya berusia 21 tahun, telah mula berlatih bersama pasukan dan Mata berkata mereka telah mula menyesuaikan diri.

"Anda dapat melihat mereka memiliki kualiti tersendiri," kata Mata. 

"Wan-Bissaka pernah beraksi dalam EPL sebelum ini dan James cemerlang bersama Swansea. 

"Kami berharap mereka mampu berbakti kepada pasukan. Mereka sangat penting kerana masih muda dan dahagakan kejayaan yang terbaik untuk kelab.

Produk akademi, Tahith Chong, James Garner, Mason Greenwood dan Angel Gomes turut mengambil bahagian dalam skuad United bagi jelajah pra-musim di Australia dan Asia.

Mata, yang menandatangani kontrak lanjutan dua tahun bersama The Red Devils, gembira barisan pemain muda yang meraih pengalaman bersama skuad senior.

"Mereka sangat bagus. Pemain-pemain seperti Chong, Garner dan Greenwod sangat tenang dan merendah diri. Mereka sedang mencuba yang terbaik dan saya sangat mengagumi perwatakan mereka."

About Author

Staff Writer

Comment