PERANCIS 0 SEPANYOL 2

Jurulatih Sepanyol, Julen Lopetegui, memuji pemainnya selepas mereka menewaskan "salah sebuah pasukan terbaik di dunia" di Perancis, awal pagi tadi.


Pelawat menang 2-0 ke atas Perancis dalam perlawanan persahabatan di Stade de France, hasil jaringan David Silva dan Gerard Deulofeu, dengan Video Pembantu Pengadil (VAR) dua kali membuat keputusan yang memihak kepada mereka.

Ledakan Antoine Griezmann dibatalkan kerana ofsaid pada awal separuh masa kedua dan usaha Deulofeu dalam situasi sama mengesahakan gol kedua Sepanyol.

Lopetegui mempertikaikan dakwaan mengatakan VAR adalah faktor penentu perlawanan, menegaskan pemainnya memperoleh kemenangan.

"VAR tidak memihak kepada kami," katanya. "Ia adalah sikap pemain saya yang memenangi perlawanan. Saya sangat gembira."

Dan Lopetegui amat gembira mengalahkan pasukan Perancis yang dinilai tinggi, yang menurunkan pemain muda sensasi Monaco, Kylian Mbappe, di depan.

"Perancis mempunyai generasi yang menakjubkan dan mereka adalah salah satu pasukan terbaik di dunia, tanpa keraguan," kata jurulatih.

Deulofeu memenangi penalti untuk gol pembukaan yang disudahkan David Silva dan turut menjaringkan gol kedua menerusi larian menarik, dan Lopetegui memberikan pujian khas untuk pemain sayap itu, menunjukkan bahawa dia boleh menjadi pemain tetap dalam skuad.

"(Deulofeu) bertindak tegas dalam perlawanan ini," kata Lopetegui. "Kami amat gembira, dia adalah seorang pemain yang boleh menyumbang banyak perkara.

"Dia perlu terus berkembang dengan caranya, dengan mentaliti yang sama. Banyak permainan seperti ini menunggunya."

Dan Deulofeu meluahkan penghargaan kepada jurulatih.

"Terima kasih, Lopetegui, di atas kepercayaan kamu," katanya. "Ia adalah pengalaman yang menyeronokkan, dapat bersama pasukan. Saya akan berusaha untuk kembali lagi."