Dengan hanya lebih 50 hari sebelum sepak mula saingan Piala Dunia Kelab FIFA Qatar 2019, logo rasminya dirasmikan hari ini merangkumi pencapaian tertinggi dalam bola sepak kelab di peringkat global serta menekankan sejarah kebudayaan negara tuan rumah.

Elemen yang paling menyerlah dalam logo itu adalah bentuk bola yang digambarkan seperti mutiara, pengiktirafan kepada salah satu industri terawal di Qatar. Hiasan sfera berwarna-warni diilhamkan oleh mashrabiya, elemen seni bina tradisional yang terdapat di kediaman seluruh Timur Tengah.

Ukiran mashrabiya dengan motif seperti penyelam sedang mencari mutiara, adalah sesuatu yang dimulakan sejak Zaman Pertengahan. Layar halus yang meliputi logo itu berfungsi sebagai hiasan elegan serta penyejuk kediaman.

Warna-warna yang dipaparkan adalah merah wain seperti bendera Qatar dan biru melambangkan Teluk Doha. Ukiran mutiara juga disempurnakan dengan bentuk seperti gurun pasir serta memiliki unsur asas dalam abjad Arab.

Piala Dunia Kelab FIFA edisi ke-16 akan berlangsung dari 11 hingga 21 Disember depan.