Kapten Leicester City, Wes Morgan, percaya pasukannya sekali lagi menghasilkan sesuatu yang mustahil ketika menyingkirkan Sevilla untuk mara ke suku akhir Liga Juara-Juara (UCL).

Morgan meletakkan Leicester di hadapan untuk menjadikan kedudukan agregat 2-2 sebelum Marc Albrighton menggandakan jaringan untuk menghasilkan satu lagi kemenangan mengejut daripada juara Liga Perdana Inggeris (EPL) itu.

Kasper Schmeichel menidakkan sepakan penalti Steven N'Zonzi selepas Samir Nasri diarahkan keluar padang dan Morgan berkata Leicester terus menjawab kritikan yang ditaburkan kepada mereka.

"Sukar buat saya mempercayai perkara ini. Kami tidak menjangkakan mampu mara sejauh ini dan kami telah melakukannya," katanya kepada BT Sport.

"Ia dilihat sebagai salah satu kenangan terbaik dalam sejarah kelab ini. Saya tidak pasti sama ada kami mampu melakukannya lagi musim akan datang.

"Kami telah membuktikan kepada pengkritik kami, Leicester telah melakukan sesuatu yang mustahil."