Pemenang Piala Dunia, Philipp Lahm, bersedia memimpin Jawatankuasa Ppenganjur Euro 2024 sekiranya kejohanan itu diadakan di Jerman, menurut Persatuan Bolasepak Jerman (DFB).

Setelah menganjurkan Piala Dunia pada 2006, DFB berharap dapat membawa temasya Eropah itu ke Jerman dalam tempoh enam tahun lagi setelah mengemukakan tawaran mereka di samping Turki.

Lahm bersedia untuk memainkan peranan penting bagi menjayakan tawaran Jerman itu tatkala bekas pemain pertahanan Bayern Munich berkenaan hampi pasti menjadi pengarah kejohanan tersebut.

"Adalah menjadi hasrat saya untuk memikul tanggungjawab jangka panjang dari awal lagi sebagai duta Euro 2024," kata Lahm.

"Peranan baru sebagai pengarah kejohanan menawarkan peluang yang sangat menarik buat saya."

Undian untuk menentukan tuan rumah Euro 2024 akan berlangsung bulan depan.