Kim Swee harap perubahan tidak jejas perancangan

By Staff Writer 28 March 2018 4379
Kim Swee harap perubahan tidak jejas perancangan
Pengendali skuad B-23 negara, Datuk Ong Kim Swee, berharap perubahan yang berlaku dalam kepimpinan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) tidak akan menjejaskan program serta perancangannya untuk ke kelayakan Kejohanan AFC 2019 yang menawarkan tiket ke Sukan Olimpik Tokyo 2020.

Keputusan Tunku Ismail Sultan Ibrahim untuk meletakkan jawatan presiden FAM, Ahad lalu, sememangnya mengejutkan banyak pihak, termasuk kem bawah 23 tahun kebangsaan.

Kim Swee merancang untuk membawa pemain skuad B-21 ke saingan Sukan Asia tahun ini dan dia tidak berasakan perubahan yang berlaku akan memberi kesan kepada setiap perancangan yang telah ditetapkannya sebelum ini.

"Saya tidak nampak perkara itu berlaku kerana tidak kira kepimpinan baru atau lama, perancangan telah ditetapkan dan pihak pengurusan tahu apa yang perlu dilakukan.

"Siapa sahaja yang memegang jawatan itu mahu Malaysia layak ke pentas Olimpik, jadi mereka harus faham kami telah membida hak tuan rumah Kejohanan AFC B-23 dan perancangan itu dijangka akan diteruskan," kata Kim Swee.

About Author

Staff Writer

Comment