Pemain-pemain yang terpilih ke latihan pusat Kem Bola Sepak Remaja Allianz (AJFC) nyata
gembira dan bersedia untuk aksi Grand Final yang akan berlangsung lusa.


Seramai 18 pemain yang terpilih di setiap zon latihan pusat amat teruja menyertai kem itu
yang bermula sejak tiga hari lalu..

Allianz Malaysia yang memulakan program itu pada 2012 telah menghantar 38 pemain ke
kem Asia dan daripada jumlah itu, 12 pemain telah diterbangkan ke Munich.

Untuk penyertaan kali ini, rata-rata pemain bersedia dan mengharapkan untuk berpeluang
diterbangkan ke Jerman.

"Pertama sekali, saya berasa bangga kerana ibu-bapa telah banyak berkorban untuk saya, jadi ini inilah detik terbaik untuk membalas jasa.

"Diharapkan saya dapat melangkah ke peringkat seterusnya agar terus maju dalam bola sepak," ujar pemain zon tengah AJFC 2018, Muhammad Afiq Fitri Mohd Jefri.

"Saya gembira dapat terpilih dan akan melakukan yang terbaik," tambah seorang lagi pemain AJFC zon Sabah, Muhammad Akimie Amran.

Hari ini turut berlangsung perlawanan persahabatan di antara AJFC zon Sabah dan
pasukan Tunas Bolasepak Bandaraya Sabah bawah 16 tahun, dengan kemenangan berpihak
kepada AJFC Sabah 2-0.