Kelayakan Piala Dunia 2022: Malaysia berdepan seteru ASEAN 

By Staff Writer 17 July 2019 5534
Kelayakan Piala Dunia 2022: Malaysia berdepan seteru ASEAN 
Harimau Malaya berdepan ranjau di Asia Tenggara  dalam pusingan kedua kelayakan Piala Dunia Qatar 2022/Piala Asia China 2023 zon Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) yang bermula 5 September 2019 hingga 9 Jun 2020. 

Majlis undian yang diadakan di Rumah Kelab AFC, Bukit Jalil, sebentar tadi, menyaksikan Indonesia, Thailand, Vietnam selain Emiriah Arab Bersatu (UAE) bakal berentap dengan skuad bimbingan Tan Cheng Hoe itu dalam Kumpulan G. 

Juara kumpulan akan layak ke pusingan ketiga manakala empat pasukan yang bergelar naib juara terbaik akan melengkapkan slot 12 pasukan yang akan ke pusingan ketiga kelayakan Piala Dunia 2022 dan layak secara automatik ke Piala Asia 2023. 

Baki pasukan yang terkandas dalam pusingan kedua, bagaimanapun, akan meneruskan kempen kelayakan Piala Asia 2023 dengan 24 pasukan akan dibahagikan dalam enam kumpulan.

Keputusan penuh:

KUMPULAN A 
CHINA 
SYRIA 
FILIPINA 
MALDIVES 
GUAM

KUMPULAN B 
AUSTRALIA 
JORDAN 
TAIWAN 
KUWAIT 
NEPAL

KUMPULAN C
IRAN 
IRAQ 
BAHRAIN 
HONG KONG
KEMBOJA

KUMPULAN D
ARAB SAUDI 
UZBEKISTAN 
PALESTIN
YAMAN 
SINGAPURA 

KUMPULAN E
BANGLADESH 
OMAN 
INDIA 
AFGHANISTAN 
QATAR

KUMPULAN F
JEPUN 
KYRGYZSTAN
TAJIKISTAN 
MYANMAR
MONGOLIA

KUMPULAN G
UAE
VIETNAM
THAILAND
MALAYSIA
INDONESIA

KUMPULAN H
KOREA SELATAN 
LUBNAN 
KOREA UTARA 
TURKMENISTAN 
SRI LANKA

Ikuti berita selanjutnya dalam Nadi Arena 7.30 dan 11 malam. 

About Author

Staff Writer

Comment