Ketua pasukan England, Harry Kane, menyatakan kebanggaannya untuk memenangi anugerah Kasut Emas Piala Dunia Russia sambil menghamburkan pujian kepada rakan sepasukannya.

Kane merupakan penjaring terbanyak di Russia dengan enam gol, namun gagal mencetak sebarang gol selepas pusingan 16.

Dia mengakhiri temasya Russia 2018 dengan kelebihan dua gol tatkala dicabar pemain Perancis, Antoine Griezmann dan Kylian Mbappe, serta pemain Belgium, Romelu Lukaku.

Penyerang Tottenham itu berkata: ''Sangat bangga memenangi Kasut Emas #WorldCup. Tidak mungkin saya meraih kejayaan ini tanpa rakan sepasukan serta segala kerja keras di belakang tabir. ''

Kane hanya menyumbat tiga gol menerusi permainan terbuka manakala tiga lagi adalah sepakan penalti.