Miralem Pjanic melabel layangan kad merah terhadap Cristiano Ronaldo "tidak masuk akal" selepas bintang Juventus itu dibuang padang ketika pasukan meraih kemenangan 2-0 ke atas Valencia dalam saingan Liga Juara-Juara (UCL), awal pagi tadi.

Ronaldo dibuang padang sebelum 30 minit perlawanan di Mestalla selepas bertembung dengan pertahanan, Jeison Murillo.

Dalam penampilan pertama saingan UCL bersama Juve, Ronaldo dilayangkan kad merah tetapi Pjanic bertindak menjaringkan dua sepakan penalti dan Dani Parejo terlepas satu buat Valencia.

Pemain tengah kelahiran Bosnia dan Herzegovina itu berasakan pasukannya terkejut dengan layangan kad merah tersebut.

"Bola sepak adalah permainan yang aneh. Kami mampu mendahului permainan 4-0 tetapi pengadil memberikan kad merah yang tidak masuk akal," kata Pjanic.

"Ia seperti perlawanan berdepan Lyon (pada 2016). Kami cuba dengan sebaik mungkin untuk memastikan kami mara ke final.

"Kami perlu melakukannya sekali lagi."

Juve dan Manchester United, yang mengatasi Young Boys 3-0, meraih tiga mata dalam Kumpulan H.