Phil Jones menarik diri daripada skuad England untuk aksi persahabatan menentang Brazil dengan kecederaan paha manakala Dominic Solanke dan Lewis Cook telah dipanggil menyertai pasukan.

Pertahanan Manchester United, Jones, beraksi ketika bertemu Jerman tetapi terpaksa meninggalkan padang selepas beraksi selama 25 minit kerana mengalami kecederaan.

Kecederaannya menambah lagi senarai ketiadaan pemain dalam skuad Gareth Southgate, dengan Dele Alli, Harry Kane, Harry Winks, Jack Butland, Gary Cahill, Jordan Henderson, Raheem Sterling dan Fabian Delph tidak dapat beraksi minggu lalu.

Southgate mengambil keputusan untuk tidak memanggil pertahanan yang lain, sebaliknya menambah pilihan untuk barisana serangan.

Pemain tengah Bournemouth, Cook, dan penyerang Liverpool, Solanke, menyertai skuad senior yang sebelum ini beraksi bersama England B-21.

Mereka bakal berpeluang beraksi berdepan Brazil, Rabu ini.