Isco: Real miliki skuad mampu julang LaLiga, UCL

By Staff Writer 31 March 2017
Isco: Real miliki skuad mampu julang LaLiga, UCL
Isco percaya Real Madrid memiliki skuad yang mampu memenangi LaLiga dan mempertahankan gelaran Liga Juara-Juara (UCL), musim ini.

Madrid kembali ke landasan untuk merangkul LaLiga buat pertama kali sejak 2012 ketika memiliki kelebihan dua mata ke atas Barcelona serta memiliki kelebihan satu perlawanan.

Gergasi Sepanyol itu juga dalam misi untuk mempertahankan takhta UCL, dengan Bayern Munich menjadi halangan seterusnya dalam suku akhir.

Dan pemain tengah, Isco, yakin dengan peluang yang dimiliki oleh Real merangkul dua gelaran musim ini.

"Kami berada di tahap terbaik untuk merealisasikan sasaran kami musim ini, Kami memiliki skuad yang mampu memenangi kedua-dua gelaran.

"Sudah menjadi kebiasaan buat kami berdepan lawan yang suka, tetapi kami tidak pernah kekurangan motivasi."

About Author

Staff Writer

Comment