Arjen Robben menganggap aksi Belanda tidak memberi kesan ketika tewas 2-0 kepada Bulgaria 2-0 dalam kelayakan Piala Dunia 2018, awal pagi tadi.

Skuad Danny Blind itu dihukum dua gol Spas Delev dalam tempoh 20 minit di Sofia, apabila penyerang itu mengambil kesempatan ke atas tindakan teragak-agak daripada pemain pertahanan berusia 17 tahun, Matthijs de Ligt.

Prestasi pelawat meningkat sedikit selepas rehat tetapi gagal memulihkan kedudukan dan berada di tempat keempat dalam Kumpulan A, enam mata di belakang pendahulu, Perancis, dan tiga di belakang Sweden.

Selepas terlepas Euro 2016, Belanda -- yang menamatkan saingan di tempat ketiga dalam Piala Dunia di Brazil tiga tahun lalu -- dalam bahaya gagal untuk melayakkan diri ke pusingan akhir di Russia pada 2018.

"Apa yang boleh anda katakan? Ini adalah mimpi ngeri," kata kapten, Robben, kepada NOS.

"Kami datang ke sini dengan niat yang baik dan sebelum permainan saya positif. Tetapi separuh masa pertama adalah tahap yang amat buruk."

Robben enggan menuding jari terhadap De Ligt -- hanya membuat 14 penampilan senior bersama Ajax -- yang terperangkap dengan permainan bola jauh untuk gol pembukaan Bulgaria, membolehkan Delev masuk untuk menjaringkan gol.

"Ada banyak salah," kata Robben. "Kami boleh menuding jari tetapi itu tidak masuk akal.

"Ia tidak mengubah keputusan. Kami tewas di sini, dan ia adalah hakikat yang sukar diterima.

"Jika kami bermain dengan baik, kami menang di sini. Tetapi kami tidak bermain dengan baik, atau ia permainan buruk. Ini adalah hari yang teruk."