Zlatan Ibrahimovic menghamburkan pujian terhadap prestasi Paul Pogba bersama skuad Perancis dalam perlawanan akhir Piala Dunia 2018 awal pagi tadi.

Pemain tengah, Pogba, menjaringkan gol dalam babak kedua ketika Les Bleus mengalahkan Croatia 4-2 di Moscow untuk meraih gelaran kedua mereka.

Selepas prestasi Pogba di Manchester United mendapat kritikan musim lalu, Ibrahimovic segera menyanjungi bekas rakan sepasukannya di Old Trafford itu.

"Biarkan mereka bercakap tetapi prestasi telah membuktikannya," kata Ibrahimovic di Twitter sambil memuat naik gambar Pogba menggenggam trofi Piala Dunia.

Pogba dan Ibrahimovic, kedua-duanya ditandatangani oleh pengurus United, Jose Mourinho, pada musim 2017, namun bekas pemain antarabangsa Sweden itu meninggalkan Old Trafford untuk ke LA Galaxy, Mac lalu.