Penyerang Belgium dan Chelsea, Eden Hazard, menganggap jurang perbandingannya dengan Lionel Messi jauh melebar kerana bintang Barcelona itu hampir menjaringkan gol dalam setiap perlawanan.

Hazard sering dianggap mirip pemain antarabangsa Argentina itu kerana gaya permainan dan keupayaan teknikalnya terhadap bola.

Pujian terhadapnya makin melambung apabila dia menjaringkan 16 gol ketika Chelsea memenangi Liga Perdana Inggeris musim lalu.

Tetapi Hazard berkeras bahawa selain memiliki fizikal dan kemampuan mengawal bola yang sama, dia boleh dibandingkan dengan pemain lain tetapi bukannya Messi.

"Kita tidak boleh dibandingkan dengan Messi," kata Hazard kepada pemberita hari ini. "Tidak pelik, kami kecil dan kami cepat, tetapi dia bermain dalam semua perlawanan."

Hazard kini dalam tugasan antarabangsa bersama Belgium yang akan menghadapi Arab Saudi untuk aksi persahabatan, awal pagi esok.

Sementara itu, jurulatih, Roberto Martinez, kelihatan bersedia memberikan peluang kepada Radja Nainggolan dalam perlawanan tersebut, situasi yang tidak pernah berlaku selepas pemain tengah Roma itu menarik diri daripada sepak bola antarabangsa Ogos lalu apabila diabaikan bekas bos Everton berkenaan.

"Ini akan menjadi peluang yang baik untuk melihat Radja," kata Martinez. "Seperti yang lain, dia akan terlibat.

"Kami tidak boleh hadkan Radja. Dia lebih kepada pertahanan tengah, kedudukan di mana dia boleh menonjolkan dirinya."