AZERBAIJAN 1 JERMAN 4

Mats Hummels berkata Jerman memperagakan prestasi sombong dalam kemenangan 4-1 mereka ke atas Azerbaijan dalam saingan Kumpulan C kelayakan Piala Dunia di Stadium Tofiq Bahramov, Baku, awal pagi tadi.


Skuad Joachim Low meraih lima kemenangan daripada lima perlawanan selepas Andre Schurrle menjaringkan dua gol dan Thomas Muller, Mario Gomez masing-masing menjaringkan satu gol.

Juara dunia tidak berada pada tahap terbaik dan ditakutkan pada separuh pertama apabila Dimitrij Nazarov menjadi pemain pertama menjaringkan gol menentang mereka dalam kempen kelayakan ke Russia 2018.

Dan Hummels percaya mereka membuat pasukan tuan rumah kelihatan lebih kuat daripada biasa dengan bek tengah Bayern Munich itu berasakan ia adalah aksi leka.

"Kami membuat Azerbaijan kelihatan dua kelas lebih baik daripada mereka," katanya kepada RTL. "Kami sedikit sombong -- Saya tidak fikir itu yang terbaik.

"Ia membuat perlawanan lebih sukar daripada sepatutnya."

Schurrle, yang menandakan penampilan antarabangsa pertamanya sejak 2015 dengan dua gol dan turut membuat bantuan gol, berasakan Jerman tidak cukup berkesan untuk memenangi pertembungan satu lawan satu.

"Ia adalah kerja keras," kata penyerang Borussia Dortmund itu. "Kami terlalu lemah dalam pertembungan satu lawan satu dan kami kerap kehilangan bola.

"Prestasi saya banyak mengenai keyakinan di mana ia diberikan (Joachim) Low. Saya boleh kembali ke Dortmund dengan perasaan yang baik."

Jurulatih, Low, gembira dengan keputusan itu selepas perlawanan kompetitif terakhir Jerman menentang San Marino pada 11 November, walaupun dia mengakui terdapat aspek yang perlu diperbaiki.

"Saya berpuas hati dengan keputusan," katanya. "Kami melaksanakan tugas kami, tetapi itu bukan cara kami mahu tunjukkan. Ia tidak mencapai taraf kami.

"Anda boleh beritahu bahawa kami tidak bermain bersama-sama selama empat bulan. Beberapa perkara yang automatik hilang."