Jupp Heynckes mengucapkan tahniah kepada anak-anak buahnya selepas Bayern Munich mengekang Sevilla 0-0 di tempat sendiri untuk bangkit bagi melayakkan diri ke separuh akhir Liga Juara-Juara Eropah.

Tandukan Joaquin Correa hampir menyalakan harapan buat pelawat hasil sepakan sudut Ever Banega tetapi ia sekadar mengenai palang gol, sebelum terjahan keras terhadap Javi Martinez membuatkannya dibuang padang ketika waktu kecederaan.

"Saya sangat gembira tidak dibolosi kerana itu yang saya mahu daripada pasukan," kata Heynckes.

"Anda harus kekal tanpa bolos dalam aksi sebegini. Keputusan 0-0 sudah cukup untuk kami layak ke separuh akhir.

"Kami tidak membiarkan diri terus gugup. Sevilla meraih peluang terbaik, namun apa yang anda perlukan hanya mengawal gawang daripada dibolosi.

"Selain itu, tiada pemain yang digantung untuk aksi separuh akhir, itu paling penting."

Juara Bundesliga itu bakal berdepan sama ada Liverpool, AS Roma atau Real Madrid selepas juara bertahan itu melepasi halangan Juventus.

"Tiada jurulatih yang mahu memikirkan siapa lawan mereka.

"Lihat apa yang berlaku kepada Barcelona. Setiap aksi pasti sengit.

"Sevila mempamerkan aksi yang bagus kerana mereka sentiasa percaya walaupun tewas 2-1 dalam aksi pertama. Kami melawan dengan persembahan yang baik," tambahnya.