Skuad Harimau Malaya tumpas 2-1 kepada Syria dalam aksi persahabatan di Stadium Hang Jebat, Melaka, malam ini.

Kedua-dua pasukan terikat tanpa jaringan sehinggalah Syria menemui gol pada minit ke-83 menerusi pemain tengahnya, Almarmour Mohammad.

Jaringan itu menjadi permulaan keruntuhan barisan pertahanan skuad Nelo Vingada apabila Syria menambah gol hasil percubaan Mohamad Rafat Muhtadi, dua minit kemudian.

Bagaimanapun, penyerang Johor Darul Ta'zim (JDT), Darren Lok, merapatkan kedudukan pada masa kecederaan, namun terlalu lambat untuk mengejar kedudukan.

Ia kekalahan kedua berturut-turut Malaysia selepas tewas kepada Lubnan 2-1 dalam aksi kelayakan Piala Asia 2019, Jun lalu.

Tonton acara-acara Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 secara langsung dan percuma di Astro Go.