Giroud masih jadi kegemaran Deschamps

By Dom Farrell 28 March 2017
Giroud masih jadi kegemaran Deschamps
Bos Perancis, Didier Deschamps, percaya penyerang Arsenal, Olivier Giroud, masih mempunyai peranan berharga untuk bermain dengan pasukan kebangsaan.

Giroud berkhidmat sebagai penyerang utama Perancis sejak terpinggirnya Karim Benzema bermula pada lewat 2015 dan dia mengetuai barisan ketika tuan rumah menamatkan saingan sebagai naib juara Euro 2016, dengan menjaringkan tiga gol.

Bagaimanapun, pemain berusia 30 tahun itu terus membezakan pendapat di antara aksi bersama skuad tanah airnya dan Arsenal di mana dia telah dihadkan kepada tujuh perlawanan untuk bermain dalam kesebelasan utama dalam liga musim ini.

Dia berjaya meraih lapan gol dalam liga utama England dan, dengan pemain sensasi Monaco, Kylian Mbappe, bermain buat kali pertama dalam skuad Deschamps, Giroud menawarkan peringatan mengenai bakatnya menerusi dua gol ketika menewaskan Luxembourg 3-1 dalam kelayakan Piala Dunia, Sabtu lalu.

"Dia boleh bermain esok (awal pagi esok), seperti pemain lain," kata Deschamps dalam sidang media menjelang perlawanan persahabatan menentang Sepanyol di Stade de France.

"Olivier (Giroud) tidak mempunyai banyak minit di atas padang, juga kerana dia mempunyai kecederaan. Walaupun dia berada dalam skuad (di Arsenal), maka orang fikir dia dapat bermain, untuk memulakan perlawanan.

"Jika anda berada di bangku simpanan dan anda tidak turun, ia kerana anda tidak 100 peratus, maka hanya beberapa orang menyedari perkara itu.

"Tetapi sebelum rehat antarabangsa, dia bermain tiga perlawanan berturut-turut. Dia tahu dia mempunyai musim yang lebih sukar.

"Tetapi dia membuktikan kemampuan pada Sabtu bahawa dia masih penyerang yang cekap.

"Dia menjaringkan gol dengan kami tetapi dia juga memberi peluang kepada pemain di sekelilingnya untuk menukar gaya menyerang dinamik."

Satu lagi bintang muda yang meletakkan tekanan ke atas tonggak seperti Giroud adalah pemain sayap Borussia Dortmund, Ousmane Dembele.

Pemain berusia 19 tahun itu digantikan pada separuh masa kedua dalam aksi antarabangsa sulungnya ketika menentang Ivory Coast, November lalu, tetapi dia menamatkan 90 minit di sayap kanan pada hujung minggu.

"Ya, ia tidak begitu baik dalam aksi kali pertama," kata Deschamps mengenai Dembele. "Aksinya mungkin sedikit terbatas.

"Dia bertindak balas dengan baik bersama kelabnya, di mana dia memberikan persembahan yang baik. Dia mempunyai kelajuan ketika berlari, dia suka menggelecek bola.

"Dia perlu membuat pilihan tepat tetapi dia mampu membuat pertahanan tidak seimbang. Permainan menenang Luxembourg ini akan memberinya keyakinan."

About Author

Dom Farrell

Comment