Pemain tengah Manchester City, Fernandinho, memuji kebolehan Kevin De Bruyne membuat keputusan di atas padang yang merupakan nadi kejayaan pasukan setakat ini.

De Bruyne telah diberikan pujian untuk persembahannya musim ini, selepas berjaya meledak dua gol dan tiga bantuan jaringan dalam lima perlawanan Liga Perdana Inggeris.

Fernandinho merupakan rakan sepasukan terbaru untuk memuji pemain kebangsaan Belgium, yang turut kagum dengan pengendali pasukan, Pep Guardiola.

"Dia merupakan pemain yang bagus, seorang pemain yang bijak," kata Fernandinho.

"Ketika dia mengawal bola, dia cepat membuat keputusan dan ia menyukarkan pihak lawan untuk bertindak balas.

"Saya amat beruntung kerana dapat bermain bersamanya.

"Dia telah mempamerkan aksi yang cemerlang dalam beberapa perlawanan lepas dengan menjaringkan gol serta melakukan bantuan jaringan buat pemain lain.

"Saya berharap dia mampu kekal di tahap ini dan membantu kami untuk mencapai sasaran yang telah ditetapkan," tambahnya.

Prestasi De Bruyne telah membantu City mengharungi permulaan yang sempurna, dengan memenangi lima perlawanan.

Fernandinho menasihatkan kepada pasukannya supaya memberikan tumpuan sepenuhnya ketika berkunjung ke Swansea City pada Sabtu.

"Kami sedang berusaha untuk memenangi piala, tetapi masih terlalu awal untuk bergelar juara. Sasaran kami adalah memenangi perlawanan seterusnya."