FAM lawat AMD di Gambang

By Staff Writer 2 April 2019 939
FAM lawat AMD di Gambang
Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin, bersama barisan exconya melakukan lawatan rasmi ke Akademi Mokhtar Dahari (AMD) di Gambang, Pahang, hari ini, bagi meninjau perkembangan skuad elit dan Program Pembangunan Bolasepak Negara (PPBN).

Delegasi FAM itu turut menyertai sesi taklimat PPBN yang dikendalikan Timbalan Presiden FAM  merangkap Pengerusi Jawatankuasa Teknikal FAM, Datuk Seri Subahan Kamal.

Selain dimaklumkan mengenai perkembangan terkini melibatkan perancangan dan program PPBN daripada Pengurus Besar AMD, Yusuf Ibrahim, delegasi itu turut meluangkan masa untuk berjumpa 218 pelatih dan 22 jurulatih yang berpangkalan di Gambang itu.

Turut hadir bagi mengiringi presiden FAM itu adalah naib presidennya, Datuk Seri S. Sivasundaram, Pengarah Teknikal, Peter de Roo dan wakil daripada Majlis Sukan Negara (MSN), Jefri Ngadirin.

Ikuti perkembangan lanjut dalam Nadi Arena pada jam 7.30 dan 11 malam ini. 

About Author

Staff Writer

Comment