PERANCIS 0 SEPANYOL 2

Didier Deschamps tidak mempunyai masalah dengan penggunaan Video Pembantu Pengadil (VAR) dalam kekalahan 0-2 Perancis kepada Sepanyol sambil mengalu-alukan "evolusi bola sepak" dalam perlawanan persahabatan, awal pagi tadi.


VAR -- diuji di Stade de France awal pagi tadi -- memainkan peranan penting dalam keputusan, menafikan jaringan pembukaan daripada Antoine Griezmann kerana ofsaid dan kemudian menolak satu keputusan penjaga garisan di atas situasi yang sama melibatkan Gerard Deulofeu.

Dengan kedua-dua isyarat VAR bagi memastikan pembetulan keputusan dibuat, Deschamps menerima bahawa sistem baru ini berguna untuk Perancis pada kemudian hari.

"Jika ia disahkan dan ia adalah adil, kenapa tidak (gunakan VAR)," katanya kepada TF1. "Ia sedikit mengubah bola sepak kita.

"Ia mengatasi kita hari ini, tetapi jika kita perlu menggunakannya, ia akan adil untuk semua. Selepas itu, tanpa (VAR), ia akan berbeza, tetapi ia adalah evolusi bola sepak. Itulah yang akan terjadi. "

Sementara itu, Perancis bolos dua gol pada separuh masa kedua -- hasil sepakan penalti David Silva dan gol antarabangsa sulung Deulofeu -- Deschamps gembira dengan cara pasukannya bertindak balas selepas rehat setelah 45 minit pembukaan yang lemah.

"Kami teruk diasak pada separuh pertama kerana kami kerap kehilangan bola," kata jurulatih itu.

"Kami menjadi mangsa akhirnya tetapi kami lakukan lebih baik pada separuh kedua menentang pasukan yang mempunyai banyak kualiti."