ENGLAND 2 LITHUANIA 0

Jermain Defoe mengakui terpaksa mengawal emosi sebelum menandakan kepulangannya bersama England dengan jaringan pembukaan dalam kemenangan 2-0 ke atas Lithuania dalam kelayakan Piala Dunia 2018 di Stadium Wembley, awal pagi tadi.


Penyerang Sunderland itu mengakhiri buangan panjang selama empat tahun di pentas antarabangsa dengan gol ke-20 untuk Three Lions, hasil hantaran Raheem Sterling pada minit ke-21.

Apa yang lebih menyentuh perasaan, pemain berusia 34 tahun itu berada di depan kapten, Joe Hart, memasuki padang untuk sepak mula dan diiringi kanak-kanak berusia lima tahun yang mengalami penyakit kanser, Bradley Lowery.

Defoe juga berjalan bersama skuad untuk perlawanan tuan rumah Sunderland menentang Chelsea musim ini dan telah melawat kanak-kanak berkenaan di hospital semasa menerima rawatan untuk neuroblastoma.

"Ia menarik dapat menjaringkan gol tetapi memenangi perlawanan itu penting dan kami melakukannya," kata Defoe kepada ITV.

"Sukar untuk dijelaskan apa yang saya rasa, saya perlu mengawal emosi saya pada awal -- jelas anak kecil Brad (Lowery) bersama saya.

"Dapat kembali dan bermain dengan skuad adalah satu perasaan yang hebat."

Jamie Vardy melengkapkan kemenangan pada separuh masa kedua selepas menggantikan Defoe yang bermain satu jam.

"Dia (Southgate) hanya mahu saya memecahkan masuk, cuba mendapatkan bola dan ia berjaya," kata Vardy kepada ITV.

"Kami memecahkan kubu mereka dan telah melakukannya dua kali. Perkara yang paling penting ialah kami mendapat kemenangan dan ia terus membantu untuk kemajuan kami"

England akan kembali beraksi sebagai pendahulu Kumpulan F apabila mereka membuat kunjungan ke Scotland pada Jun, dan walaupun nama-nama seperti Harry Kane, Daniel Sturridge dan Wayne Rooney mungkin kembali bersaing pada masa itu, Defoe turut sedia mempamerkan aksi terbaiknya.

"Jelas sekali saya dapat kembali ke kelab saya dan memastikan saya menamatkan musim ini dengan hebat, seperti semua pemain," katanya.

"Seperti yang saya sentiasa lakukan, saya akan terus bekerja keras dan lihat apa yang berlaku."