CHIEVO 2 JUVENTUS 3

Cristiano Ronaldo menamatkan penampilan pertama bersama Juventus dengan kemenangan dramatik ke atas Chievo walaupun pemain gantian, Federico Bernardeschi, yang menyumbat gol kemenangan buat juara bertahan Serie A itu.


Walaupun mendahului hasil jaringan pertama Sami Khedira, Mariusz Stepinski menanduk masuk gol penyamaan dalam babak pertama sebelum jaringan penalti Emanuele Giaccherini selepas rehat memberikan pendahuluan buat Chievo.

Jaringan sendiri daripada Mattia Bani ketika aksi berbaki 15 minit membuatkan aksi kembali terikat, sebelum jaringan Mario Mandzukic dibatalkan oleh pengadil yang mendakwa Ronaldo merempuh penjaga gol, Stefano Sorrentino.

Bernardeschi muncul wira buat Juventus di laman lawan selepas menyempurnakan hantaran Alex Sandro pada minit ke-93 untuk memberikan Ronaldo dan Juventus permulaan liga dengan kemenangan.