Coutinho miliki pakej lengkap, kata Tite

By Staff Writer 27 March 2018 2779
Coutinho miliki pakej lengkap, kata Tite
Jurulatih Brazil, Tite, percaya Philippe Coutinho mempunyai pakej lengkap sebagai seorang pemain bola sepak dan telah menjadi pemain "sangat kuat" ketika dia bersedia untuk Piala Dunia pertamanya.

Coutinho berjaya mengukuhkan dirinya sebagai salah seorang pemain tengah paling berbakat di dunia selepas terlepas untuk bersama skuad Piala Dunia 2014 di bawah bimbingan Luiz Felipe Scolari.

Dengan kebolehan menyerang, Coutinho kerap bermain di Livepool di bawah jurulatih, Brendan Rodgers, dan kemudiannya Jurgen Klopp, sebelum meneruskan kerjayanya ke Barcelona pada Januari lalu.

Dia mungkin kurang konsisten sejak berpindah ke Sepanyol tetapi Tite yakin pemain berusia 25 tahun itu yang menjaringkan gol dalam kemenangan 3-0 ke atas Russia, Sabtu lalu, adalah pakej lengkap.

"Kualiti apa yang kamu fikir penting sebagai pemain bola sepak? Dia memilikinya," kata Tite kepada wartawan.

"Coutinho bekerja gigih. Hantarannya, daya saing, keberkesanan, kelajuan pemikiran, bantuan gol dan kini kematangan juga adalah penting."

Brazil akan menghadapi Jerman dalam perlawanan persahabatan seterusnya, awal pagi esok, dengan kedua-dua pasukan bertemu untuk kali pertama sejak skuad Joachim Low itu melakar kemenangan besar 7-1 ke atas lawannya itu dalam separuh akhir Piala Dunia 2014.

About Author

Staff Writer

Comment