Chiellini: Napoli miliki jentera serangan terbaik dalam Serie A

By Staff Writer 4 April 2017
Chiellini: Napoli miliki jentera serangan terbaik dalam Serie A
Giorgio Chiellini berasakan Napoli memiliki jentera serangan terbaik dalam Serie A dan Juventus perlu berpuas hati ketika mereka seri 1-1 di Stadio Sao Paolo, Ahad lalu.

Keputusan ini membenarkan penghuni tangga kedua, Roma, yang menewaskan Empoli 2-0, merapatkan kedudukan kepada enam mata dengan berbaki lapan perlawanan.

Marek Hamsik menyamakan kedudukan selepas Sami Khedira membuka jaringan untuk membenarkan skuad bimbingan Maurizio Sarri itu meraih satu mata. Chiellini menyifatkan ia merupakan satu mata yang berharga buat pasukannya.

"Kami menyedari ia bukan persembahan terbaik kami tahun ini tetapi kami bertindak bijak, menggunakan setiap strategi yang disedikan untuk perlawanan ini," katanya.

"Kami telah bertahan dengan baik, Juve cuba mengekang setiap peluang Napoli untuk menembusi kami dan Napoli memiliki jentera serangan yang terbaik di dalam liga ini dan kuat di laman sendiri.

"Kami masih memiliki lapan perlawanan dan mahu memberikan yang terbaik dalam aksi seterusnya."

Juve akan sekali lagi bertemu Napoli pada Rabu dalam aksi timbal balik separuh akhir Coppa Italia, dengan juara bertahan itu mendahului 3-1 dalam aksi pertama di Turin.

About Author

Staff Writer

Comment