Spekulasi mengenai masa depan Tan Cheng Hoe dengan skuad kebangsaan akhirnya terjawab selepas Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) bersetuju untuk mengekalkan ketua jurulatih itu sehingga hujung tahun depan.

Perkara itu disahkan sendiri Timbalan Presiden FAM, Datuk Wira Yusoff Mahadi, sebentar tadi.

"Jawatankuasa Pasukan Kebangsaan sebulat suara bersetuju melantik semula Cheng Hoe untuk meneruskan agenda skuad kebangsaan.

"Dengan keputusan itu, indeks petunjuk prestasi (KPI) yang diletakkan kepadanya juga perlu lebih tinggi.

"Beliau sedia maklum dengan syarat yang diletakkan itu dan sanggup untuk menerimanya sebagai satu cabaran.

"Diharapkan pelantikan ini dapat menjawab segala persoalan dan spekulasi yang bertiup kencang sebelum ini," katanya.