Jurulatih bola sepak pantai negara, Ismail Zakaria, mengharapkan perhatian khusus daripada badan induk Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) terhadap perkembangan bola sepak pantai negara yang sebenarnya memiliki potensi untuk menguasai Asia.

Tegas Zakaria, ini bukan cakap kosong kerana bola sepak pantai negara sebenarnya mempunyai potensi besar jika ada perhatian dan peruntukan khusus untuk pembangunannya.

Ismail tidak kekok menyatakan penguasaan anak buahnya di peringkat Asia Tenggara, namun terkilan kerana sukan ini tidak tersenarai dalam penganjuran Sukan SEA 2017

Padanya, sudah tiba masanya untuk bola sepak pantai negara mengorak langkah di peringkat lebih tinggi.

“Secara teknikal, kami masih jauh lagi, masih banyak ruang untuk diperbaiki buat masa akan datang. Saya berharap pihak FAM serta rakyat Malaysia menghargai sukan ini dan cuba memajukannnya,” katanya.

Ismail mengambil contoh perkembangan bola sepak pantai Iran di mana 10 tahun lalu Malaysia dan Iran adalah setaraf dari segi kekuatan dan prestasi mereka.

Namun, kini Iran sudah pun berada di kedudukan lima terbaik dunia kesan daripada kesedaran pihak persatuan yang jelas dengan potensi pasukan mereka

“Kita dapat lihat peningkatan Iran di dalam sukan ini kerana kami pernah tewas 4-1 kepada mereka pada tahun 2008 dan jurang itu dapat dilihat semakin besar.”